Thursday, 5 January 2012

NOKTAH CINTA

PERJUMPAAN PERTAMA

Jalan di depan rumah Ira akan dibina menjadi lebuh raya baru di bandar tersebut, sebuah syarikat besar iaitu Istana Impian daripada Kuala Lumpur telah dilantik sebagai pemaju lebuh raya tersebut. Istana Impian merupakan syarikat gergasi yang cukup popular di peringkat Malaysia dan antara bangsa. Antara hasil kerja Syarikat tersebut adalah pembila sirkuit Sepang yang telah menaikkan nama Malaysia si peringkat antara Bangsa. Kejayaan tersebut telah melantik Istana Impian untuk membina lebuh raya di Malaysia seperti Lebuh Raya, Ipoh, Karak dan lainnya.

Seorang gadis kampung bernama Ira, beliau berhasrat memohon kerja di syarikat tersebut kerana syarikat tersebut akan mengambil penduduk tempatan untuk memudahkan pengurusan pembinaan tersebut. Ira telah menghantar resume ke syarikat tersebut dengan perasaan, “Siapa tahu rezeki berpihak kepadaku”, kebetulan Ira dulu pernah menuntut di bidang kejuteraan awam sungguhpun tidak sempat menghabis belajar beliau kerana himpitan ekonomi keluarga yang memaksa beliau berhanti belajar demi masa depan adik-adiknya.

Beliau berasal daripada sebuah kelurga sederhana, beliau mempunyai tujuh adik beradik. Ayah beliau seorang pengetua sekolah rendah sedangkan ibu beliau sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Ayah beliau seorang yang sangat rajin sehingga dalam masa yang sama ayah beliau mengusahakan kebun sawit dan getah.

Selepas kematian ayah kerana penyakit lever, kehidupan beliau dan adik-adik mula mengalami kesusahan. Ibu beliau tidak pandai menguruskan harta yang ditinggalkan oleh arwah suaminya dan ditambah lagi wali dan saudara mara arwah lebih berminat untuk mendapatkan harta warisan yang ditinggalkan berbanding menguruskan pendidikan dan keperluan hidup mereka.

Akhirnya beliau berhenti belajar semasa tahun dua di kolej tempatan untuk memberikan laluan kepada adik-adik beliau yang sedang belajar. Beliau sanggup bekerja apa sahaja untuk membantu pembiyaan pendidikan adikberadiknya yang lain, sehingga beliau pernah bekerja di Pasaraya dan syarikat lainnya. Akhirnya Ira bertekad mencuba nasib di syarikat tersebut kerana lebih dekat dengan rumah dan gaji yang ditawarkan lebih lumayan.

Dua hari selepas beliau menghantar resume, syarikat telah memanggil beliau untuk temuduga, beliau sangat gembira sungguhpun beliau belum diterima bekerja di syarikat tersebut tetapi pengalaman sebelum apabila beliau dipanggil untuk temuduga maka bahkan satu kepastian beliau akan diambil bekerja di syarikat tersebut. Dalam surat panggilan tersebut, beliau akan ditemuduga pada hari isnin jam 9.00 pagi di pejabat cawangan syarikat Istana Impian yang tidak begitu jauh dari rumahnya.

Jam 7.00 pagi, beliau sudah kemas sehingga ibu dan adik-adik beliau hairan, rupanya beliau belum sempat memaklumkan panggilan temuduga tersebut kepada ibu dan adik-adiknya. Beliau segera keluar rumah dan menunggu bas di hentian bas di depan rumah beliau, dan tidak lama selepas itu bas datang dan beliau terus naik.

Selepas perjalanan bas selama 20 minit, beliau sampai di pejabat syarikat tersebut. Beliau menunggu sehingga pejabat syarikat tersebut dibuka iaitu jam 8.00 pagi. Sambil-sambil menunggu, beliau membuka semula surat panggilan untuk temuduga tersebut yang ditanda tangani oleh Jimmi Lee. Kebetaulan Jimmi pernah menegur beliau semasa Jimmy lalu didepan rumah beliau semasa beliau sedang menyiram pokok di depan rumahnya.

Jam menunjukkan 8.00 pagi, pintu pejabat pun dibuka. Seorang lelaki Cina berumur sekitar 30-an memasuki pejabat tersebut. Beliau sempat menoleh ke arah lelaki tersebut, badannya kurus tinggi, mata sepet dan berkulit putih bersih. Lelaki tersebut berbangsa Cina, lelaki tersebut melihat ke arah beliau sehingga beliau tersentak kerana beliau sedang memerhatikan lelaki tersebut.

Beliau memalingkan pandangannya kea rah lain dan menundukkan pandangan kerana malu. Lelaki tersebut menyapa beliau, “Maafkan saya sekiranya pandangan saya menakut anda. Kalau saya tidak silap, saya pernah melihat anda semasa menyiram pokok di depan rumah.

Boleh saya tahu, “Siapa nama anda dan sedang menunggu siapa?” Saya Ira, saya ingin menghadiri temuduga di syarikat ini. Semalam saya dapat surat panggilan untuk temuduga bagi jawatan setiausaha di syarikat ini, oh..oo..oo. Sila masuk dan tunggu sekejap, pegawai saya akan segera memanggil anda untuk ditemuduga. Nama saya Jimmy Lee, Oo rupanya tuan yang namanya Jimmy Lee?

Macammana anda boleh kenal nama saya? Seingat saya saya belum pernah berbual dengan anda sebelum ini. Memang kita belum pernah berjumpa, saya hanya terbaca nama tuan di surat panggilan temuduga tersebut.Kebetulan dua lagi pegawai yang akan menemu duga anda belum sampai, sambil menunggu mereka, elok juga kita sembang-sembang dulu. Di mana anda tinggal, di kampong Tanjung tidak jauh dari sini sekitar 20 minit perjalanan menggunakan kereta.

Saya memerlukan seorang setiausaha yang boleh membantu saya menguruskan laporan dan mengatur jadual mesyuwarah untuk saya. Merujuk kepada resume yang anda hantar kepada syarikat kami, anda layak memegang jawatan tersebut dan saya berniat mengambil anda sebagai setiausaha saya tetapi keputusan bergantung kepada hasil temuduga semua pegawai nanti.

Itu! Dua lagi pegawai yang akan menegu duga nada sudah datang, anda tunggu sekejap. Sekejap lagi saya akan memanggil anda untuk ditemuduga. Jimmy dan dua pegawai masuk ke bilik pejabat, dua orang lagi pegawai adalah Nelson dan Mohan. Senyap-senyap, beliau terdengar suara gemuruh dari dalam bilik pejabat, ”Jimmy bertanya kepada dua rakannya ada apa kamu berdua senyum lain macam?” Tidak ada apa-apa, tengok boss bersemangat betul selepas jumpa perempuan itu.

Mana ada, kamu berdua suka sangat fikir yang bukan-bukan, aku cuma sembang-sembang kosong dengan dia tadi sambil kamu sampai. Salah ke? Kamu berdua tak habis-habis nak kenakan aku, tuduh aku macam-macam. Boss memang tak boleh tengok perempuan lawa, mesti diayat-ayatnya. Tidak lama selepas itu, Jimmy memanggil beliau untuk masuk ke bilik pejabat. Ketiga pegawai tersebut duduk di atas kerusi menghadap ke arah beliau. Keadaan menjadi sunyi senyap seketika, beliau berusaha untuk membuang perasaan gemuruh dan takut.

Jimmy memulakan bicara dengan memperkenalkan diri dan kedua staf lainnya. Kemudian Jimmy dan kedua kawannya menanyakan beberapa soalan berkenaan pengalaman dan latar belakang pendidikan beliau. Selepas menebual beliau, Jimmy menerangkan peraturan dan polisi syarikat, Jimmy pula menerangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh beliau di Syarikat tersebut.

Selepas menerangkan semua polisi dan tugas-tugas sebagai setia usaha tersebut, Jimmy bertanya kepada beliau: Adakah anda faham dan bersetuju dengan peraturan dan tugas tersebut jika anda diterima bekerja di sini? Beliau menjawab dengan tenang: saya sanggup menerima amanah dan tanggung jawab yang diberikan kepada saya. Satu demi satu soalan diberikan, alhamdulillah beliau menjawab dengan penuh yakin dan lancar.


Selepas melalui sesi sesi temu duga tersebut selama 60 minit. Beliau meninggalkan bilik tersebut. Jimmy berbincang dengan Nelson dan Mohan berkenaan beliau, sementara Ira diminta menunggu di ruang menunggu. Selepas 30 minit, Mohan memanggil Ira masuk ke ruang temuduga semula.


Jimmy memulakan pembicaaraan, selepas kami menyemak resume and dan sesi temuduga kami daripada pihak Syarikat Istana Impian memutuskan untuk mengambil anda staf kami yang akan mengisi jawatan setiusaha saya.


Anda boleh mula bekerja bermula esok jam 8 pagi, beliau menerima keputusan tersbeut dengan cukup gembira sehingga tidak putus-putus mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terimakasih kepada ketiga pegawai tersebut. Beliau mohon diri untuk balik ke rumah, beliau melangkahkan kaki menuju ke stesyen bas yang tidak jauh dari pejabat syarikat tersebut.


Selepas menunggu beberapa minit, tanpa beliau sedari sebuah kerata Honda berhenti dan seorang lelaki yang cukup dikenal oleh beliau keluar dari kereta dan sambil menyapa, “Anda tunggu siapa?” Saya sedang tunggu bas untuk balik ke rumah.


Jimmy berkata: “Kalau anda sudi boleh tumpang kereta saya, kebetulan saya dan Nelson akan ke Bandar dan lalu di depan rumah anda?” Terima kasih, saya bukan tidak sudi atas pelawaan tuan tetapi saya tidak biasa naik kereta lelaki asing takut menjadi fitnah di kalangan orang kampung. Jangan takut, lagipun Nelson akan bersama-sama. Kami mahu ke Bandar dan akan melalui kawasan rumah anda.


Beliau tidak dapat menolak pelawaan Jimmy, akhirnya beliau akur dengan pelawaan tersebut dengan menumpang kereta bossnya. Dalam perjalanan tersebut, Jimmy banyak bertanya mengenai latar belakang belaiu. Ira hanya melayan setiap soalan yang ditanyakan bossnya. Tanpa disedari telah sampai ke rumah beliau, beliau berkata rumah saya ada di depan sini sahaja.


Saya turun disini sahaja saya takut ibu saya marah kerana tumpang kereta tuan sebab ibu selalu pesan kat saya. “Jangan mudah menerima pelawaan lelaki kerana akan menimbulkan fitnah di kalangan jiran-jiran kami. Maklumlah kami anak yatim, sentiasa menjadi bahan umpatan orang. Saya sentiasa ingat pesan tersebut, saya mohon maaf.


Jimmy menjawab, saya akan hantar anda sampai ke pintu rumah supaya ibu anda tidak merisaukan keselamatan anda. Sebaiknya tuan balek terus, jangan jumpa ibu saya sebab beliau akan marah anda. Diam-diam Jimmy sangat mengagumi kecantikan Ira ditambah ketegasan beliau dalam perkara tersebut membuat Jimmy bertambah minat kepada beliau.


Akhirnya Jimmy menuruti kehendak beliau dan terus kembali tanpa menjumpai ibu beliau. Selepas sahaja Jimmy meninggal rumah beliau, beliau terus masuk ke rumah. Ibu beliau terus ke luar dan menyiasat, Siapa yang hantar kamu tadi?
Beliau menjawab bahawa yang hantar beliau adalah boss di tempat beliau baru akan bekerja. Kebetulan beliau tadi akan ke Bandar dan melalui jalan sini, jadi beliau mengajak saya tumpang kereta beliau.

Saya sudah cuba menolak pelawaan tersebut tapi beliau tetap memaksa saya untuk tumpang kereta beliau. Akhirnya saya terima pelawaan tersebut, lagipun beliau tidak seorang diri tetapi ditemani oleh pegawainya.

No comments:

Post a Comment